Monday, June 22, 2009

RahSia DalaM HaRi

DALAM seminggu ada tujuh hari dan setiap hari
tersimpan seribu satu rahsia dan peristiwa. Ada yang
indah, manis, gembira, ceria dan tidak kurang
diselubungi sedih dan kedukaan.

Sejarah Islam turut mencatat peristiwa menarik dan
penting setiap hari yang boleh kita renung dan
diambil iktibar bersama.

Antaranya:

Ahad 
Allah menjadikan hari yang tujuh, anggota

manusia yang tujuh, lautan dan bumi yang tujuh dan
mencipta alam, bintang dan api neraka.

Isnin 
Nabi Muhammad menerima wahyu pertama dan

pada hari itu juga baginda wafat.

Selasa 
Pembunuhan manusia pertama berlaku yang

Habil dibunuh Qabil. Nabi Yahya dan Zakaria wafat
dibunuh. Tukang sihir Firaun pula ditewaskan Nabi
Musa.

Rabu 
Umat Nabi Hud yang ingkar dimusnahkan Allah

dengan turunnya taufan, manakala umat Nabi Salleh
dihancurkan dengan teriakan kuat Malaikat Jibril.

Khamis 
Nabi Muhammad mula memasuki kota Makkah,

Nabi Musa dan Nabi Ibrahim berhijrah ke Mesir,
manakala Nabi Yaacob bertemu anaknya Nabi Yusof di
Mesir.

Jumaat 
Nabi Adam berkahwin dengan Hawa, Nabi Yusof

berkahwin dengan Zulaikha, Nabi Musa berkahwin
dengan Siti Safurah, anak Nabi Syuib, manakala Nabi
Sulaiman berkahwin dengan Siti Balqis.Rasulullah
juga memilih hari itu untuk berkahwin dengan Siti
Khatijah dan Aishah, manakala Ali Abu Talib
berkahwin dengan Fatimah, puteri Rasulullah.

Sabtu 
Nabi Isa diperdaya kaum Yahudi, Nabi Musa

ditindas Firaun, Nabi Salleh ditipu umatnya dan Naib
Nuh dipersendakan umatnya

No comments: